Hot FM

Aaron-Wooi bakal terima insentif lebih RM200,000



Aaron Chia-Soh Wooi Yik menewaskan juara dunia tiga kali, Mohammad Ahsan-Hendra Setiawan dari Indonesia 21-19, 21-14 untuk menamatkan penantian 45 tahun Malaysia meraih gelaran di Kejohanan Badminton Dunia 2022 di Tokyo, Jepun, semalam. (Gambar Bernama)

SEPANG: Beregu lelaki utama negara Aaron Chia-Soh Wooi Yik yang melakar sejarah merangkul kejuaraan pertama bagi Malaysia di Kejohanan Badminton Dunia 2022 di Tokyo, Jepun, akan menerima insentif wang tunai lebih RM200,000 setiap seorang.

Presiden Persatuan Badminton Malaysia (BAM) Mohamad Norza Zakaria, berkata daripada jumlah tersebut, RM150,000 diberikan badan induk itu, manakala selebihnya daripada syarikat peralatan sukan Yonex selaku penaja.

Norza juga memaklumkan, beregu itu akan menerima RM20,000 setiap seorang menerusi Skim Hadiah Kemenangan Sukan (Shakam) di bawah Kementerian Belia dan Sukan (KBS).

“Ini hanya peringkat awal. Apa yang saya boleh beritahu ialah saya akan berbincang dengan pihak…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version