Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Aaron-Wooi kandas, tiada lagi wakil negara di Kejohanan Badminton Asia

today10 April 2026

Background


Aaron Chia-Soh Wooi Yik
Aaron Chia-Soh Wooi Yik terus kemarau kejuaraan selepas bersaing dalam enam kejohanan Persekutuan Badminton Dunia (BWF) setakat tahun ini. (Gambar Bernama)
PETALING JAYA:

Pasangan lelaki negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik terkandas dalam aksi suku akhir kepada pasangan Korea Selatan, sekali gus menyaksikan tiada wakil Malaysia pada peringkat separuh akhir Kejohanan Badminton Asia (BAC).

Mereka yang berada pada ranking nombor dua dunia melakukan kebangkitan dramatik pada set kedua selepas tewas set pertama dengan menyelamatkan tiga mata akhir, namun pasangan muda Korea Selatan akhirnya menang dalam saingan sengit selama 83 minit.

Juara bertahan itu akhirnya tumpas 19-21, 28-26, 13-21 kepada Kang Min Hyuk-Ki Dong Ju, yang berada 20 tangga di bawah.

Terdahulu, pasangan beregu wanita utama negara, Pearly Tan-M Thinaah dan juara beregu campuran dunia, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei tewas dalam aksi suku akhir mereka secara ‘straight set’.

Kemarau kejuaraan bagi pemenang pingat gangsa Olimpik…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: K. Parkaran


Previous post