Hot FM

Aaron-Wooi Yik sah raih tiket Jelajah Dunia Akhir BWF


Aaron Chia-Soh Wooi Yik
Aaron Chia-Soh Wooi Yik akan membuat penampilan kelima beraksi di Kejohanan Jelajah Dunia Akhir selepas edisi 2019, 2020, 2022 dan 2023. (Gambar Bernama)

KUALA LUMPUR: Beregu lelaki utama negara Aaron Chia-Soh Wooi Yik meraih tiket ke Kejohanan Jelajah Dunia Akhir Persekutuan Badminton Dunia (BWF) 2024 meskipun terkandas pada pusingan suku akhir Masters China 2024 di Shenzhen, semalam.

BWF dalam ciapan di laman X hari ini mengesahkan Aaron-Wooi Yik bersama Sabar Karyaman Gutama-Moh Reza Pahlevi Isfahani dari Indonesia menjadi pasangan yang mengisi dua slot terakhir untuk menyertai enam gandingan yang sudah mengesahkan tempat lebih awal.

Beregu lelaki profesional negara Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani antara yang sudah mengesahkan tempat ke kejohanan yang dijadualkan berlangsung di Hangzhou, China dari 11 hingga 15 Dis itu.

Terdahulu, misi Aaron-Wooi Yik untuk layak ke kejohanan itu menerima tamparan apabila ditunjukkan jalan keluar di peringkat suku akhir Masters China selepas…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version