Hot FM

Ab Rauf minta Jailani kemuka bukti sertai PAS sejak 2023


Ab Rauf Yusoh
Ketua Menteri Melaka Ab Rauf Yusoh berkata Adun Rembia Muhammad Jailani Khamis perlu mengemukakan bukti sudah menyertai PAS sejak 2023 dan bukan hanya melalui kenyataan sahaja.

KUALA LUMPUR: Adun Rembia Muhammad Jailani Khamis perlu mengemukakan bukti beliau menyertai PAS sejak 2023 sebelum persidangan DUN November ini, kata Ketua Menteri Melaka Ab Rauf Yusoh.

Rauf yang juga pengerusi Umno Melaka berkata Jailani perlu memberikan butir-butir terperinci tentang kedudukan dirinya dalam PAS sebelum sebarang keputusan dibuat terhadap beliau.

“Dia mengisytiharkan diri menjadi ahli PAS sejak 2023, jadi kita nak bukti (menyertai PAS) pada 2023 ini dekat mana? Kalau tak dapat nak buktikan pada 2023, seolah-olah dia bercakap itu atas sebab dia nak bercakap sahaja.

“Nanti kalau kita bawa ke mahkamah, dia boleh nafikan, apa buktinya? Jadi, dia kena buktikan kepada kita keahlian sejak itu,” katanya dalam sidang media selepas melawat pusat media Perhimpunan Agung Umno 2024 di Pusat…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version