Tertuduh, Esther Christina Samuel Ponniah, 58, didakwa meninggalkan V Thanes Nair, 4 tanpa pengawasan di kolam renang di The Centro Club, Ipoh.

PETALING JAYA: Seorang guru taska dihadapkan ke Mahkamah Majistret di Ipoh atas pertuduhan meninggalkan kanak-kanak bawah jagaannya tanpa pengawasan hingga mengakibatkan mangsa mati lemas, April lalu.
Bagaimanapun, tertuduh, Esther Christina Samuel Ponniah, 58, mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Majistret Jesseca Daimis, menurut Utusan Malaysia.
Berdasarkan kertas pertuduhan, dia yang juga ibu tunggal didakwa sebagai orang yang mempunyai pemeliharaan ke atas V Thanes Nair, 4, meninggalkan kanak-kanak itu tanpa pengawasan dan pemeliharaan untuk satu tempoh yang tidak berpatutan.
Kesalahan itu…