Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek berkata KPM bekerjasama dengan pihak berkuasa untuk menyiasat dakwaan itu.

PUTRAJAYA: Kementerian Pendidikan (KPM) menjalankan siasatan sama ada wujud unsur buli di sebuah sekolah di Melaka yang dikatakan berkaitan dengan insiden seorang pelajar yang merupakan mangsa buli mencekik adik kandungnya hingga mati.
Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek berkata kementeriannya bekerjasama dengan pihak berkuasa untuk mengetahui sama ada wujud unsur buli di sekolah yang dihadiri pelajar berumur 14 tahun itu.
Bercakap kepada pemberita selepas menyempurnakan Anugerah Sukan KPM-Majlis Sukan Sekolah Malaysia (MSSM)-Milo 2022, Fadhlina berkata KPM tidak akan sama sekali bertoleransi dengan kes buli yang berlaku di mana-mana institusi pendidikan.
“Kalau betul ada isu ini (buli), saya tegaskan mesti melalui proses…