
PETALING JAYA: Remaja lelaki yang dihanyutkan arus ketika cuba menyelamatkan adik perempuannya, dalam kejadian di Pantai Cenang, Langkawi semalam ditemukan lemas.
Ketua Polis Langkawi Shariman Ashari, berkata mayat remaja berusia 15 tahun itu ditemukan pada 10 pagi berhampiran Kuala Cenang, kira-kira 150m dari lokasi kejadian.
“Mayat mangsa dibawa ke Jeti Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) Kuala Cenang dan identitinya disahkan oleh ayah mangsa. Pengesahan kematian telah dilakukan pihak Unit Kecemasan Hospital Sultanah Maliha, Langkawi dan dibawa ke hospital untuk proses bedah siasat.
“Bedah siasat dijangka akan dilakukan pada pukul 2 petang. Operasi ditamatkan pada 10.45 pagi,” katanya menurut Bernama.
Semalam, dilaporkan mangsa datang ke Pantai Cenang bersama abang ipar, kakak, dan adik perempuan serta lima lagi…