
KUCHING: Pengerusi Gabungan Parti Sarawak (GPS) Abang Johari Openg malam ini mengangkat sumpah sebagai Ketua Menteri, selepas gabungan empat parti itu memenangi pilihan raya negeri Sarawak ke-12 (PRN12).
Abang Johari yang lengkap berpakaian baju Melayu hitam, mengangkat sumpah jawatannya di hadapan Yang Dipertua Negeri Sarawak Abdul Taib Mahmud di Astana Negeri di sini.
Turut hadir isteri Taib, Toh Puan Ragad Kurdi Taib dan isteri Abang Johari, Juma’ani Tuanku Bujang.
Hadir sama menyaksikan upacara itu ialah Awang Tengah Ali Hasan dan Douglas Uggah Embas, yang merupakan Timbalan Ketua Menteri dalam barisan Kabinet sebelum ini.
Ini merupakan kali kedua Abang Johari, yang hari ini memenangi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Gedong pada PRN12, dilantik sebagai Ketua Menteri Sarawak.
Kali pertama adalah pada 13 Jan…