Hot FM

Abang Jo cadang jumlah pemberian khas ikut peratusan hasil negeri


Abang Johari Openg
Premier Sarawak Abang Johari Openg berkata pendekatan berasaskan peratusan hasil lebih adil kerana negeri itu kini tanggung sebahagian besar kos pembangunan. (Gambar Bernama)
PETALING JAYA:

Kerajaan Sarawak mencadangkan supaya jumlah pemberian khas yang diperuntukkan kepada negeri itu di bawah Perlembagaan Persekutuan ditentukan berdasarkan peratusan hasilnya, kata Premier Sarawak Abang Johari Openg.

Beliau berkata menerusi formula yang dicadangkan itu pemberian khas akan berpandukan jumlah pendapatan negeri, khususnya berasaskan kutipan cukai, selain bersifat fleksibel mengikut prestasi hasil semasa.

“Kita cadangkan sebagai contoh, beri balik kepada Sarawak dalam 20% daripada pendapatannya. Kalau pendapatan banyak, berilah banyak, kalau kurang, beri sedikit. Jumlahnya fleksibel, supaya kerajaan persekutuan boleh pertimbangkan.

“Sekarang ini (jumlah peruntukan), tidak mencukupi. Tetapi, memandangkan Sarawak ada rezeki sikit, kita tidak bergantung 100% pada orang lain…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version