Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini.
Sejak pembukaan semula sempadan Malaysia-Singapura pada awal bulan April lalu, banyak kenderaan keluar masuk dari kedua-dua belah negara dan pelbagai insiden berlaku sepanjang tempoh tersebut.
Baru-baru ini, seorang pemandu lori telah memuat naik rakaman video di mana dia telah ‘mengajar’ dua buah kereta berpendaftaran Singapura yang memotong barisan menggunakan lorong khas lori/bas.

@ahmadzarinsamad
Menurut @ahmadzarinsamad, dia segera membunyikan hon panjang untuk menarik perhatian polis trafik yang sedang bertugas di pondok kastam.
Kedua-dua pemandu Subaru dan Mazda tidak meneruskan perjalanan menggunakan lorong khas lori/bas, sebaliknya segera cuba memotong masuk semula ke dalam barisan yang sesak.
Tindakan pemandu lori itu telah menarik perhatian polis trafik, tidak sampai seminit seorang pihak berkuasa menaiki…
