Menerusi perkongsian video daripada @alicekayrollll, kelihatan mereka sekeluarga sedang menikmati juadah berbuka puasa bersama-sama.
Apa yang menarik perhatian adalah apabila gadis itu sempat merakam gelagat abangnya yang makan nasi menggunakan sarung tangan lut sinar.
Gadis tersebut tidak mendedahkan sebab mengapa abangnya makan menggunakan glove itu. Namun, rakaman itu berjaya mendapat perhatian netizen yang menghidapi eczema.