Hot FM

Abang mengaku rogol adik dipenjara 18 tahun, 20 sebatan


mahkamah pasir mas
Mahkamah Sesyen Pasir Mas memerintahkan tertuduh yang juga penganggur jalani kaunseling sepanjang pemenjaraan. (Gambar Facebook)
PETALING JAYA:

Lelaki dipenjara 18 tahun dan 20 sebatan oleh Mahkamah Sesyen Pasir Mas atas dua pertuduhan merogol adik kandung berusia 13 tahun, dalam kejadian di Tanah Merah, sejak tahun lalu.

Tertuduh berusia 29 tahun itu dijatuhi hukuman tersebut oleh Hakim Zulkpli Abdullah selepas penganggur berkenaan mengaku salah atas semua kesalahan.

Menurut Harian Metro, perbuatan itu dilakukan di sebuah rumah di Tanah Merah pada 10 pagi dan 12.45 tengah malam pada Disember tahun lalu dan 4 Mei lalu.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 376(3) Kanun Keseksaan memperuntukkan hukuman penjara sehingga 30 tahun dan juga minimum 10 sebatan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Siti Aisyha Nailah Harizan, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Terdahulu, tertuduh memohon ditempatkan di Penjara Mempaga, Pahang manakala Siti Aisyha Nailah pula memohon hukuman…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version