Imbas untuk muat turun aplikasi

Artikel

Abby Abadi Kongsi Karakter Marissa Dania – “Sangat Perahsia, Berani & Banyak Memendam”

today24 May 2024

Background

Penyanyi dan selebriti, Abby Abadi berkongsi karakter anak perempuannya, pempengaruh dan model, Marissa Dania.

Menerusi perkongsian di TikTok, Abby memuat naik video belakang tabir ketika mereka sedang membuat content.

Kata Abby, Marissa seorang anak yang pemalu, sangat perahsia dan berani.

Ahli kumpulan Elite itu turut sempat berseloroh mengatakan Marissa tak suka memasak.

“Anak nombor dua kita namanya Marissa Dania. Dia budak baik, pemalu. Sangat perahsia orangnya..

“Banyak memendam, banyak buat hal sendiri, berdikiri, berani.. sayang budak-budak.

“Paling haru, tak suka memasak,” tulisnya.

Dalam perkongsian sama, Abby berkata Marissa seorang yang pemurah serta sering membelikannya hadiah.

“Ada anak nombor dua yang kedekut.. tapi anak kita senang. Ada duit boleh boleh belanja kita, belikan hadiah mahal hihi,” tulisnya.

Marissa Dania

Sebelum ini, nama Marissa hangat menjadi perbualan ramai di platform Media Sosial selepas heboh pernikahannya menjadi isteri kedua bersama jejaka bernama Aslam, Disember lalu.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Perbetul Fakta Abby Abadi, Umisya Perjelas Hubungan Dengan Marissa Masih Renggang – “Tak Okay, Ada Sempadan Disebalik Sempadan…” 

Artikel Berkaitan: “Tak Patut Hanya Marissa Sahaja Dipersalahkan” – Abby Abadi Mohon Doa Yang Baik-Baik

Artikel Berkaitan: “Aslam Pemandu E-Hailing, Buat Bisnes Sara Keluarga” – Abby Abadi Harap Anak Diberi Peluang Hidup Bahagia Bersama Suami & Madu

Written by: Aqilah


Previous post