

Menteri Besar Perlis Abu Bakar Hamzah memberi jaminan sidang DUN bakal diadakan sebelum 8 Jun, dengan tarikh baharu sidang itu akan diumumkan pada minggu depan.
Abu Bakar berkata penangguhan sidang DUN itu tiada kaitan dengan isu undi tidak percaya ataupun ketidaktentuan sokongan terhadap pentadbiran kerajaan negeri di bawah pimpinannya.
“Kami ada tempoh sehingga Jun ini. Dalam peraturan, persidangan terakhir dan persidangan berikutnya tidak melebihi enam bulan… saya akan buktikan persidangan DUN akan bermula sebelum 8 Jun nanti,” katanya.
Sidang DUN Perlis sepatutnya berlangsung dari 21 hingga 23 April ini, namun surat pemakluman mengenai penangguhan sidang yang dikeluarkan pada Jumaat lepas dan tular di media sosial menimbulkan pelbagai spekulasi.
Klik sini untuk baca artikel penuh.
Sumber: