Imbas untuk muat turun aplikasi

Artikel

AC Mizal Bakal Ambil Tindakan Undang-Undang

today15 November 2024

Background

Pengacara dan selebriti terkenal, Datuk AC Mizal akhirnya tampil bersuara berikutan dakwaan mengatakan syarikat televisyen miliknya, Suke TV tidak membayar gaji pekerja dan PERKESO.

Menerusi sebuah kenyataan dalam bentuk video, AC atau nama lengkapnya Mizal Zaini menepis dakwaan tersebut yang dianggap satu fitnah tidak masuk dek akal fikiran oleh beberapa individu bekas pekerjanya.

“Kenyataan dan cerita yang tular tentang kegagalan Suke TV bayar gaji tiga bulan kepada individu-individu tersebut di media sosial adalah tidak benar dan fitnah semata-mata,” katanya.

Susulan itu, AC akan mengambil tindakan undang-undang serta merta terhadap individu-individu yang menyebarkan fitnah sehingga telah menggores imej syarikatnya itu.

“Saya telah mengarahkan peguam saya dan syarikat Suke TV untuk mengambil tindakan undang-undang serta merta terhadap individu-individu terbabit berkenaan penularan fitnah ini.

“Oleh itu, biarlah mahkamah menentukan salah betul masing-masing,” tambahnya.

Dalam pada itu, AC turut menjelaskan individu-individu yang memfitnahnya itu adalah bekas pekerja yang telah diberhentikan atas faktor melanggar syarat syarikat Suke TV.

“Cuma saya nak nyatakan kenyataan fitnah tersebut disebarkan oleh bekas pekerja yang antaranya telah ditamatkan perkhidmatan mereka oleh syarikat Suke TV kerana didapati melanggar syarat-syarat perkhidmatan.

“Kami mempunyai semua bukti, tetapi tidak akan mencanangkan butir-butir itu kepada umum,” ujarnya.

Sebelum ini, nama AC menjadi sebutan ramai selepas tular sebuah video dan curahan hati di media sosial mendakwa selebriti yang juga merupakan pelakon dan usahawan ini tidak membayar gaji pekerja selama tiga bulan termasuklah, perkeso.

Artikel Berkaitan: Stesen TV Milik Pengacara Popular Berstatus Datuk Didakwa Tak Bayar Caruman Perkeso, Gaji Pekerja Tertunggak 3 Bulan

Written by: Aqilah


Previous post