Imbas untuk muat turun aplikasi

Artikel

Achey Hadiahkan Isteri Telefon Flip Skrin Gara-Gara Terpengaruh Drama Korea

today29 December 2022

Background

Gara-gara terpengaruh dengan drama Korea Selatan, pelawak terkenal, Achey menghadiahkan isterinya, Nor Hasanah Yahaya atau Anne sebuah telefon baharu jenis ‘flip’ skrin.

Menerusi perkongsian di laman TikTok, Anne begitu gembira apabila dihadiahkan telefon jenama Samsung Galaxy Z Flip4.

“Selalu tengok cerita Korea, mereka pakai flip flip so saya terpengaruh.

“Thank you sayang, belikan Z Flip4,” kata Anne.

Hasil tinjauan di ruangan komen, wargamaya sempat berseloroh dan mendakwa wajah Achey berubah kelat kerana harga telefon tersebut agak mahal.

Ada juga yang berkongsi pengalaman sama menggunakan telefon terbabit kerana terpengaruh dengan drama Korea.

“Masa saya beli flip 3 pun sebab terpengaruh drama Korea.

“Patut fon cute gitu, mampu telan air liur je bang Achey hahahah.

“Sama lah kita bang, tapi wife saya beli, dia tak minat pun cerita Korea. Koyak ooo,” komen netizen.

 

Setakat artikel ini ditulis, video tersebut telah meraih sebanyak 208,000 tontonan, 13,000 tanda suka dan 210 komen.

Written by: Aqilah