Imbas untuk muat turun aplikasi

Onz

Achey Kenang Memori Dengan Arwah Abam – “Bertiga Sementara, Bocey Selamanya”

today22 January 2025

Background

“Bertiga sementara, Bocey selamanya”.

Itu adalah ucapan penuh bermakna yang dilontarkan oleh pelawak Achey ketika mengenang sahabat baiknya, Allahyarham Abam, sempena ulang tahun kelahirannya yang disambut baru-baru ini.

Menerusi perkongsian video di TikTok, Achey kelihatan sedang menunaikan umrah di Tanah Suci, Makkah sekaligus mengambil kesempatan memanjatkan doa buat sahabatnya itu.

“Abam, selamat hari jadi. Insya-Allah, moga Allah merahmati roh kamu, sahabat. Banyak doa aku untuk kau dekat tanah Mekah ini,” tulis Achey.

Ucapan tersebut sekaligus mengundang pelbagai reaksi dalam kalangan warganet yang turut mendoakan kesejahteraan Allahyarham Abam.

“Susah nak jumpa sahabat dunia akhirat yang sentiasa kenang dalam doa walaupun tanah kubur dari merah sudah bertukar coklat. Rezeki Abam ada kawan-kawan dunia akhirat. Alhamdulillah,” komen seorang pengikut.

“Al-Fatihah untuk arwah Abam. Moga rohnya ditempatkan bersama orang-orang yang beriman,” komen seorang lagi netizen.

“Semoga Allah pelihara persahabatanmu, Achey, Fad dan Abam,” kata seorang lagi peminat.

@achey_kintangkintung Love my brother… selamat ulang tahun abam…moga Allah rahmati roh kamu sahabat… berlambak doa aku untuk kau bam kat tanah mekah ni.. #bocey ♬ original sound – KEDAI ACHEY KINTANG KINTUNG

 

Pada 10 Februari 2020, Allahyarham Abam, atau nama sebenarnya Syed Umar Mukhtar Syed Mohd Ridzuan, telah meninggal dunia di rumahnya di Gombak, Selangor pada usia 32 tahun. Pemergian Abam akibat demam panas itu mengejutkan ramai dan memberi kesan yang mendalam kepada dunia komedi tanah air.

Written by: Salma