Hot FM

ACLE: JDT tewas, Buriram ke suku akhir


Dua jaringan Johor Darul Ta’zim (JDT) masing-masing daripada Bergson Da Silva dan Jorge Lorenzo Rojas dibatalkan VAR. (Gambar Bernama)

ISKANDAR PUTERI: Kelab gergasi bola sepak tanah air Johor Darul Ta’zim (JDT) gagal mara ke peringkat suku akhir Liga Juara-Juara Asia Elite (ACLE) 2024/25 selepas tewas 0-1 kepada wakil Thailand, Buriram United di Stadium Sultan Ibrahim, malam ini.

Keputusan itu bagaimanapun mengulangi pencapaian skuad Harimau Selatan yang dilakar pada saingan ACLE edisi 2022.

Terdahulu, gawang Buriram United berjaya dibolosi seawal saat ke-47, namun jaringan Bergson Da Silva dibatalkan selepas semakan video bantuan pengadil (VAR) mendapati beliau berada pada kedudukan ofsaid.

JDT yang juga Juara Liga Super musim ini sekali lagi berpeluang menjaringkan gol pada minit ke-28, namun percubaan pemain tengah Afiq Fazail sekadar singgah di tiang gol.

Perlawanan dramatik dan penuh debaran itu disambung pada babak kedua apabila Buriram United dilihat mendapat suntikan…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version