Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

‘ACP Ismail’ perdaya peniaga pindah RM692,500

today14 February 2024

Background


Mangsa sedar ditipu selepas membuat beberapa pemindahan wang antara 30 Jan hingga 6 Feb lalu.

PETALING JAYA: Seorang peniaga berputih mata selepas mengalami kerugian berjumlah RM692,500 akibat terpedaya sindiket penipuan “phone scam” yang mendakwa mangsa terbabit kegiatan pengubahan wang haram dan penyeludupan dadah, dua minggu lalu.

Ketua Polis Kelantan, Muhamad Zaki Harun, berkata lelaki berusia 38 tahun itu menerima panggilan telefon pada 28 Jan lalu daripada individu konon daripada komunikasi digital di Putrajaya yang mendakwa mangsa terlibat penipuan wang haram.

“Panggilan itu kemudian disambungkan kepada seorang individu yang mengaku sebagai ACP Ismail dari IPD Kangar, Perlis sebelum diminta memuat turun aplikasi Bank Negara Malaysia serta mengisi maklumat diri akaun Affin Bank dan Bank Islam miliknya.

“Mangsa pada 30 Jan lalu, memindahkan wang sebanyak RM300,000 dari akaun Affin Bank miliknya ke akaun pihak ketiga (mule) secara berperingkat,” katanya menurut…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: FMT Reporters


Previous post