Imbas untuk muat turun aplikasi

Onz

Ada 2 Finalis Wildcard Untuk AJL 39?

today28 December 2024

Background

Timbul dakwaan Anugerah Juara Lagu (AJL) ke-39 dikhabarkan bakal membuat kejutan dengan pengumuman dua lagi finalis bagi acara berprestij tersebut.

Difahamkan, dua finalis bakal bertanding atas tiket ‘wildcard’.

Sebuah video di TikTok TV3 Malaysia seakan menjawab keraguan warganet yang bertanya mengenai berita dua peserta wildcard AJL 39.

Tik Tok TV3 Malaysia menjawab soalan itu dengan memaparkan sesi penggambaran ‘brand ad’ AJL 39 seakan memberi bayangan figura seorang lelaki yang dipercayai finalis bertuah itu.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen mula meneka calon finalis wildcard yang akan berentap.

Ramai berharap penyanyi Syamel yang mempertaruhkan lagu Belakang Tabir, serta Elica Paujin menerusi lagu, Oh Hominodun layak ke peringkat akhir.

Dalam pada itu, perbincangan di laman sosial X turut membangkitkan dakwaan mengenai penyertaan peserta wildcard di AJL 39.

Terdahulu, sepuluh lagu yang mara ke pentas AJL 39 adalah Amir Masdi (Sengaja) Aina Abdul (Puas Sudah) dan Akim & The Majistret (Saksama), Hael Husaini (Diam), Marsha Milan (Hening Rindu), Ernie Zakri (Aura), Hafiz Suip (Terus Bersinar), Nadeera (Bukan Lagi Kita), Kugiran Masdo & Aisyah Aziz (Pujaanku) dan Benzoloo, Ghidd, Isobahtos, Meerfly, Tuju & MK K-Clique (Risiko).

 

AJL 39 dijadualkan berlangsung awal tahun hadapan di Axiata Arena, Bukit Jalil. Namun, tarikh siaran langsung akan diumum TV3 pada sidang media berikutnya.

Written by: Salma


Previous post