Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Ada broker jemput tandatangan SD tarik sokongan kepada Shukri, dakwa Adun PAS

today28 December 2025

Background


Haziq Asyraf dakwa beliau antara Adun Perlis dapat jemputan menandatangani akuan berkanun (SD) untuk menarik sokongan kepada Ramli Shukri sebagai menteri besar Perlis. (Gambar Facebook)
PETALING JAYA:

Adun Beseri Haziq Asyraf mendakwa wujud individu bertindak sebagai broker menjemput wakil rakyat menandatangani akuan berkanun (SD) untuk menarik sokongan menyebabkan Ramli Shukri meletak jawatan sebagai menteri besar Perlis, Khamis lalu.

Haziq yang juga ketua Pemuda PAS Perlis mendakwa beliau antara Adun dijemput untuk menandatangani SD itu oleh broker terbabit.

“Sebagai seorang Adun dipilih oleh jamaah, adab dan prinsip saya adalah merujuk terlebih dahulu kepada pimpinan PAS Pusat dan negeri.

“Setelah mendapatkan nasihat, saya tidak hadir dan tidak terlibat, kerana jemputan tersebut tidak dibuat secara rasmi,” katanya di Facebook.

Namun tiga wakil rakyat PAS menandatangani SD terbabit iaitu Saad Seman (Chuping), Anwar Ismail (Bintong), dan Ridzuan Hashim (Guar Sanji). Presiden…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: FMT Reporters


Previous post