Hot FM

Ada guru kerja sambilan untuk bayar hutang hidup mewah, dedah kesatuan


sekolah
Presiden iGuru Mohd Azizee Hasan berkata masih ramai guru komited dengan profesion mereka sebagai pegawai perkhidmatan pendidikan, dan guru yang melakukan kerja sambilan amat kecil bilangannya.

PETALING JAYA: Sebuah kesatuan guru mendedahkan segelintir pendidik melakukan kerja sambilan dipercayai kerana ingin membayar hutang akibat terperangkap untuk hidup mewah.

Presiden Ikatan Guru-guru Muslim Malaysia (iGuru), Mohd Azizee Hasan, berkata ada antara mereka juga dikesan berusaha menambah pendapatan akibat beban kos hidup tinggi khususnya guru yang berkhidmat di bandar besar.

“Dalam pengetahuan kita amat kecil bilangan (guru kerja sambilan) dan kebanyakannya untuk menambah pendapatan akibat beban kos hidup, membayar hutang dan terperangkap untuk hidup mewah.

“Namun, masih ramai lagi guru komited dengan profesionnya sebagai pegawai perkhidmatan pendidikan,” katanya kepada FMT.

Beliau mengulas peringatan diberikan Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek bahawa guru yang ingin…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version