Site icon Hot FM

Ada ketua bahagian mahu Umno tarik diri daripada kerajaan perpaduan


Antara ketua bahagian Umno pada perjumpaan tertutup dengan Zahid Hamidi di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur semalam. (Gambar Facebook)

PETALING JAYA: Timbul gesaan agar Umno menarik balik sokongannya daripada kerajaan perpaduan pada perjumpaan tertutup khas semalam antara presiden parti, Zahid Hamidi dan ketua-ketua bahagian semalam.

Pemimpin yang enggan namanya disiarkan itu berkata, segelintir ketua bahagian menyokong gesaan itu selepas bekas perdana menteri Najib Razak gagal mendapat pengampunan penuh berhubung kes SRC International.

Bagaimanapun, beliau berkata, langkah menarik diri daripada kerajaan perpaduan “berisiko” untuk parti itu.

“(Umno) ketika ini bukan dalam kedudukan yang baik. Kita akan hilang kekuatan dan kuasa tawar-menawar jika menarik diri daripada kerajaan,” katanya.

Beliau berkata, beberapa kumpulan ketua bahagian turut menghubungi Zahid secara peribadi berhubung perkara itu.

“Kumpulan-kumpulan ini tidak berpuas hati dengan Perdana Menteri Anwar…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version