Site icon Hot FM

“Ada Lagu Solo Tak Bermakna Keluar Daripada Drama Band, Tapi Sebab..” Aepul Ulas Lagu Baru

Mesti ramai tak tahu vokalis Drama Band iaitu Aepul Roza sebenarnya selalu tampil dengan projek solo.

Banyak lagu ciptaan dan nyanyiannya telah dipilih sebagai runut bunyi untuk drama rantaian atau telefilem.

Terbaharu, Aepul tampil dengan lagu solo berjudul Mencintaimu yang dijadikan runut bunyi drama Asalkan Dia Bahagia.

Menurutnya, lagu itu juga adalah lagu pertama hasil ciptaan orang lain yang dinyanyikannya.

(OST Asalkan Dia Bahagia) Aepul Roza - Mencintaimu (Official Music Video)

Bagaimanapun, projek solo yang dijalankan ini bukanlah petanda Aepul akan meninggalkan Drama Band.

Malah, mereka bersifat terbuka dan tidak meletakkan halangan kepada sesiapa saja yang terbabit dengan mana-mana projek asalkan keutamaan diberikan kepada kumpulan mereka.

Exit mobile version