Hot FM

Ada parti politik tak senang kerajaan tegas tolak rasuah, kata PM


Anwar Ibrahim menghadiri program sarapan bersama penduduk di Kedai Kopi Hailam, Sri Medan, Batu Pahat.
BATU PAHAT:

Perdana Menteri Anwar Ibrahim mendakwa ada parti politik yang berpakat mahu menjatuhkannya kerana kerajaan pimpinannya tegas dalam membanteras rasuah dan salah guna kuasa.

Anwar, yang juga pengerusi Pakatan Harapan (PH) berkata pentadbiran Kerajaan Madani yang tidak berkompromi dengan amalan mencuri wang rakyat atau menggunakan kuasa untuk kepentingan peribadi menjadi faktor yang menimbulkan rasa tidak senang dalam kalangan pihak tertentu.

“Sebab itu tuan-tuan tahu sekarang, semua parti pakat mahu jatuhkan saya. Kenapa? Sebab dia tahu kita strict (tegas). Dia tahu kita jaga semua,” kata beliau ketika berucap pada Majlis Ramah Mesra Bersama PMX bagi DUN Senggarang bersempena dengan PRN Johor, di sini, hari ini.

Turut hadir pengarah komunikasi PH yang juga Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil.

Anwar berkata beliau tidak gentar dengan tekanan politik itu kerana prinsip…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version