Hot FM

Ada pengundi pos luar negara masih belum terima kertas undi



Pengundi luar negara mencadangkan supaya membenarkan mereka mengundi di kedutaan atau konsulat Malaysia, berbanding menggunakan undi pos.

KUALA LUMPUR: Pilihan raya umum ke-15 (PRU15) bakal berlangsung Sabtu ini, namun ada pengundi pos terutamanya pengundi luar negara masih belum menerima kertas undi mereka.

Malah ada antara mereka memaklumkan hanya akan menerima kertas undi pos pada Sabtu ini (hari pengundian).

Tinjauan Bernama di laman sosial Twitter turut mendapati ada pengundi yang hampir seminggu mendaftar untuk mengundi secara pos, namun kecewa kerana sehingga ke hari ini, kertas undi tersebut masih belum sampai ke tangan mereka.

Seorang pemilik akaun Twitter S Prem Kumar berkata beliau tidak menerima sebarang maklumat daripada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) berhubung status undi posnya.

‘’Saya belajar di India dan telah pun mendaftar untuk undi pos namun sehingga sekarang masih belum menerima kertas undi.

‘’… dan sehingga hari ini saya…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version