Imbas untuk muat turun aplikasi

Inspirasi

Ada ‘Tangan’ Tutup Kotak Suara Jaclyn Victor?

today21 November 2023

Background

Penyanyi Jaclyn Victor mendedahkan keadaan sebenar dirinya ketika mengalami jangkitan laringitis baru-baru ini.

Menurut laporan Harian Metro, Jaclyn berkata kesakitan yang dialaminya itu adalah perkara biasa.

“Sebenarnya laringitis atau jangkitan kuman ini adalah perkara normal yang boleh berlaku kepada sesiapa sahaja.

“Apabila dijangkiti, saya anggap tidak bernasib baik sahaja.

“Satu benda yang tidak menarik adalah, saya tak boleh kawal suara,” katanya.

Seminggu berlarutan, pelantun lagu Ikut RentakKu ini mengambil keputusan untuk bertemu dengan pakar bagi mendapatkan rawatan.

Apa yang mengejutkan, Jaclyn berkata terdapat gangguan seperti ada ‘tangan’ yang menutup bahagian kotak suaranya.

“Semuanya bermula pada minggu lalu tetapi semakin teruk sehingga minggu ini. Isnin pula suara saya hilang sepenuhnya.

“Kemudian saya ke sebuah klinik dan menjalani pemeriksaan dengan kaedah memasukkan kamera.

“Hasil pemeriksaan, kelihatan seperti ada ‘tangan’ yang menutup bahagian kotak suara saya. Ia umpama badan saya bertindak balas dengan jangkitan yang saya alami.

“Kemudian saya tertanya-tanya apakah perkara itu sebab saya pun tak pernah tengok perkara seperti itu,” katanya.

Sehubungan dengan itu, Jaclyn terpaksa untuk tidak bercakap selama dua hari dan mendapatkan ubat.

“Jadi saya terus ambil antibiotik dan rehat secukupnya. Bahkan, dua hari saya tidak bercakap untuk menjaga peti suara saya.

“Syukur selepas rehat dan ambil antibiotik selama lima hari, suara sudah kembali pulih,” katanya.

Sumber: Harian Metro

Written by: Aqilah