Imbas untuk muat turun aplikasi

Artikel

Ada Teman Istimewa? Aya Amiruddin Jawab Dakwaan Hati Kembali Dimiliki

today5 September 2024

Background

Pelakon dan personaliti media sosial, Aya Amiruddin meraih perhatian ramai selepas hadir ke tayangan perdana filem komedi pertamanya, Pontianak 200 KG bersama seorang jejaka antarabangsa.

Meskipun masih merahsiakan status sebenar dirinya, Aya memaklumkan lelaki berasal dari negara Nigeria itu adalah rakan lama yang dikenalinya sebelum memasuki industri hiburan.

“Dia kawan lama saya, sebelum saya masuk dalam industri lagi kami dah kenal.

“Bila baru-baru ini kami berjumpa semula, dia kata nak tengok tayangan perdana filem saya. Jadi saya cakap ‘boleh datang, jangan risau sebagai kawan’,” katanya.

Aya berkata demikian ketika ditemui di malam gala dan tayangan perdana filem Pontianak 200 KG pada Selasa, di Dadi Cinema Pavilion Kuala Lumpur.

Dalam pada itu, ketika disoal sama ada dia trauma dengan kisah cinta lamanya yang tidak kesampaian itu, Aya berkata dia perlukan masa untuk menyembuhkan luka di hatinya itu.

“Saya tak boleh cakap saya trauma dengan kisah silam percintaan saya, tetapi saya perlukan masa untuk ‘healing’.

“Takkanlah dah empat tahun dengan bekas tunang tiba-tiba baru tiga bulan putus terus nak dengan orang lain.

“Apapun, saya hanya ikut flow so far sekarang hanya berkawan,” ujarnya lagi.

Sebelum ini, Aya mendedahkan ikatan pertunangan selama dua tahun bersama bekas kekasih, Eronmose Sleem terlerai, Mei lalu.

Dalam perkembangan lain, Aya tampil sebagai watak utama dalam filem Pontianak 200 KG arahan Shuhaimi Lua yang akan ditayangkan bermula esok di seluruh pawagam Malaysia dan Brunei.

Filem hasil kerjasama menyeluruh antara Primeworks Studios (PWS) dan Metrowealth International Group (MIG) turut menampilkan pelakon lain seperti Dottie, Ziana Zain, Ropie, Niezam Zaidi, Wanns Ahmad, Malia Baby, Shaf Naufas dan Apich Lo.

Artikel Berkaitan: Perancangan Kahwin Hujung Tahun Musnah, Aya Amiruddin Dah Sebulan Putus Tunang – “Tiada Orang Ketiga, Memang Kami Tak Sehaluan” 

Written by: Aqilah