
KLANG: Ketua Wanita Amanah Aiman Athirah Sabu berkata penyokong Pakatan Harapan (PH) terutama sayap parti itu seharusnya bangga dengan ajukan “madanon” oleh penyokong lawan.
Frasa itu lazimnya digunakan penyokong Perikatan Nasional (PN) untuk merujuk pentadbiran kerajaan perpaduan pimpinan Anwar Ibrahim yang menggunakan slogan Malaysia Madani.
Menjelaskan kenyataan itu, Aiman yang juga ketua Wanita PH berkata slogan madani mempunyai nilai positifnya seperti ditulis Faisal Othman menerusi tulisannya berjudul “Masyarakat Madani Malaysia:Asas dan Strategi”, termuat dalam buku Masyarakat Madani: Satu Tinjauan Awal’ pada 1997.
Menurut Aiman, tulisan itu menyebut tunjang utama madani menggabungkan industrialisasi, inovasi dan teknologi moden selain mempunyai akhlak, moral serta integriti.
“Jadi madanon adalah individu dengan akhlak dan beramanan.
“Orang nak panggil kita madanon…
