Imbas untuk muat turun aplikasi

Artikel

“Ada Yang Koyak Tapi Bukan Kertas” – Netizen Sempat Bergurau Bila Aiman Hakim Kongsi Foto Kahwin Sempena Anniversary

today24 February 2024

Background

Pelakon Aiman Hakim Ridza mencuri perhatian selepas dia memuat naik foto perkahwinannya bersama isteri tercinta, Zahirah Mcwilson menerusi Instagram miliknya.

Menerusi perkongsian tersebut, Aiman kelihatan berkongsi foto bahagianya beserta simbol hati dan lambang ‘eternity’ pada kapsyen berkenaan.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Aiman Hakim Ridza (@aimanhakimridza)

 

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet meninggalkan pelbagai respons terhadap hantaran tersebut.

Malah, ada yang berseloroh mengaitkan hantaran tersebut dengan tindakan Fathia Latiff yang sebelum ini memperlekehkan wajah Zahirah persis pembantu rumah atau bibik.

Bukan itu sahaja, warganet juga kelihatan membuat andaian bahawa hantaran berkenaan bakal membuatkan Fathia berasa ‘panas’.

“Berani dia nak mangkuk tandaskan muka orang. Kalau dia waras dia takkan cakap macam tu, pelik.

“Baru tengok tiktok video perempuan tu hina your wife lagi. Kesian dia hari-hari mesti nak stalk you and your wife. Tak ada life langsung. Nak main ugut-ugut. She has no shame.

“Habislah orang sana nanti.

“Picture said it all. Actions speak louder than words.. Alhamdullilah.  A smart man will do just what Aiman did.

“Malam ni mesti ada orang yang meroyan. Ada yang koyak tapi bukan kertas,” komen netizen.

Terdahulu, Fathia sekali lagi mencipta kontroversi apabila memuat naik foto didukung oleh bekas kekasihnya, pelakon Aiman Hakim Ridza.

Bahkan, dia turut menyatakan akan berhenti menganggu aktor tersebut sekiranya Aiman memohon maaf kepadanya secara terbuka.

“Will stop after you apologies to me in public,” tulisnya ringkas di ruangan kapsyen.

Artikel Berkaitan:“Will Stop After You…” – Fathia Latiff Tuntut Permohonan Maaf Secara Terbuka Daripada Aiman Hakim

Artikel Berkaitan: Lepas Samakan Wajah Zahirah Macwilson Dengan Bibik, Fathia Latiff Cabar Failkan Saman Pula? Siap Banding ‘Layanan’ Masa Bercinta Dengan Aiman Hakim!

Artikel Berkaitan: Fathia Latiff Dedah Punca Dendam Dengan Zahirah Macwilson & Aiman Hakim?

Artikel Berkaitan: Fathia Latiff Tiada Niat Runtuhkan Rumah Tangga, Dedah Kekasih Hati Lebih Kacak Dari Aiman Hakim Ridza!

Written by: Salma


Previous post