
PETALING JAYA: Ketua pembangkang negeri, Dr Yadzil Yaakub mempersoalkan motif kerajaan Melaka menafikan peruntukan kepada dua Adun pembangkang.
Adun Bemban itu mempersoalkan sama ada kerajaan negeri takutkan sesuatu.
“Malah, Adun Rembia dari blok kerajaan (Jailani Khamis dari Umno) juga ditarik balik peruntukan kerana tidak ‘sebulu’ dengan pimpinan kerajaan negeri,” katanya kepada FMT.
Beliau berkata, penafian dana itu menunjukkan kerajaan negeri bersikap selektif dan tidak ikhlas dalam membantu rakyat.
“Masanya akan tiba. Biarkan rakyat menilai keangkuhan kerajaan yang ada sekarang memperlekehkan mandat rakyat.”
Ahad lalu, Ketua Menteri Melaka, Ab Rauf Yusof berkata, kerajaan negeri tidak bercadang memberi dana kepada Adun pembangkang dan tidak akan mempertimbangkan sebarang permintaan.
Rauf berkata, dana sebaliknya…