
PETALING JAYA: Seorang pemimpin Umno membalas ejekan bekas Ahli Parlimen Bersatu, Abd Latiff Ahmad bahawa parti itu “penuh jenaka” dengan berkata, lebih baik berjenaka daripada melompat ke parti yang mempunyai banyak “katak”.
Ahli Majlis Kerja Tertinggi Umno, Puad Zarkashi turut mempersoalkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-tugas Khas) itu sama ada beliau “berjenaka” ketika memutuskan untuk melompat ke Bersatu.
“Bersatu digelar parti katak kerana ramai yang melompat masuk ke dalam Bersatu, termasuk Latiff sendiri.
“Dia jahanam tak apa, jangan rakyat yang jahanam. Dengan rekod 17 bulan di bawah Muhyiddin Yassin, Bersatu mesti ditolak agar negara tidak jahanam,” katanya dalam hantaran di Facebook.
Puad merujuk kenyataan Latiff semalam yang berkata, Perdana Menteri sementara, Ismail Sabri Yaakob tidak wajar…