Hot FM

Adakah Malaysia kini dilanda ‘mania penasihat’, soal Kit Siang



Lim Kit Siang turut mengkritik pelantikan utusan khas ke rantau, sedangkan Malaysia sudah mempunyai duta ke setiap negara.

PETALING JAYA: Veteran DAP Lim Kit Siang bertanya sama ada “mania penasihat” sedang melanda negara, berikutan laporan bahawa Perdana Menteri akan mendapatkan seorang lagi penasihat khas, kali ini mengenai hal-hal kesihatan.

Beliau tertanya-tanya sama ada Ismail Sabri Yaakob akhirnya akan mempunyai 31 penasihat khas, membayangi 38 menteri, dengan setiap menteri turut mempunyai penasihat khas.

Ini susulan pengumuman Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-Tugas Khas) Abdul Latiff Ahmad semalam bahawa Ismail akan melantik penasihat kesihatan untuk membantunya.

Dalam jawapan bertulis Parlimen, Latiff berkata, terdapat tiga peranan penasihat khas kepada Perdana Menteri, iaitu mengenai undang-undang dan hak asasi manusia, hal ehwal agama, dan kesihatan.

Ahli Parlimen Pengerang Azalina Othman Said dan Ketua Umno Kedah Jamil Khir…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version