Hot FM

Adakah Najib akan dipanggil bela diri kes 1MDB?


najib razak
Bekas perdana menteri Najib Razak akan mengetahui sama ada beliau diminta membela diri terhadap 25 pertuduhan pengubahan wang haram dan salah guna kuasa ke atas dana 1MDB berjumlah RM2.28 bilion esok. (Gambar Bernama)

KUALA LUMPUR: Adakah Hakim Collin Lawrence Sequerah akan meminta Najib Razak membela diri dalam kes rasuah 1MDB yang bermula lima tahun lalu?

Persoalan itu akan terjawab esok, selepas 12 hari penghujahan lisan oleh kedua-dua pihak pendakwaan dan pembelaan yang bermula pada 19 Ogos dan berakhir pada 3 Okt.

Pihak pendakwaan telah menutup kesnya pada 30 Mei, selepas 235 hari perbicaraan bermula hingga 29 Ogos 2019, dengan 50 saksi memberi keterangan.

Peguam A Srimurugan berkata hakim perbicaraan mesti berpuas hati dengan penilaian maksimum terhadap bukti bahawa pihak pendakwaan telah membuktikan kesemua ramuan dalam empat pertuduhan salah guna kuasa sebelum bekas perdana menteri itu dipanggil untuk menangkisnya.

“Najib akan dibebaskan dan dilepaskan jika kes pendakwaan…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version