Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Adakah PAS juga ‘secara teknikal’ bukan anggota PN, soal Tun Faisal

today30 August 2026

Background


Tun Faisal Ismail Aziz persoal istilah ‘secara teknikal’ digunakan Takiyuddin Hassan untuk menjelaskan keanggotaan dalam PN.
PETALING JAYA:

Ketua Penerangan Bersatu Tun Faisal Ismail Aziz mempersoalkan sama ada PAS juga boleh dianggap ‘secara teknikal’ bukan lagi anggota Perikatan Nasional (PN) jika pemimpinnya bertindak bertentangan keputusan Majlis Tertinggi gabungan itu.

Beliau membangkitkan persoalan itu susulan kenyataan Setiausaha Agung PN Takiyuddin Hassan bahawa Bersatu masih anggota gabungan tersebut dari sudut undang-undang, tetapi ‘secara teknikal’ tidak lagi mempunyai hubungan politik dengannya.

Tun Faisal berkata penggunaan istilah itu menimbulkan persoalan mengenai tadbir urus PN dan sama ada kedudukan parti anggotanya ditentukan berdasarkan perlembagaan gabungan tersebut.

“Jika tafsiran ‘secara teknikal’ ini boleh digunakan untuk menafikan hak sebuah parti anggota, maka bolehkah PAS pula dianggap ‘secara teknikal’ telah terkeluar daripada PN…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: FMT Reporters


Previous post