Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Adam Adli kata perbincangan kerjasama PH-BN ‘positif’ menjelang PRN Melaka

today16 April 2026

Background


rauf yusoh n adly zahari
Pengerusi PH Melaka Adly Zahari (kanan) mengadakan pertemuan bersama Ketua Menteri Ab Rauf Yusoh, baru-baru ini. (Gambar Facebook)
PETALING JAYA:

Pemangku Ketua PKR Melaka, Adam Adli menegaskan Pakatan Harapan (PH) tidak mahu dianggap hanya membantu sokongan pengundi bukan Melayu semata-mata menjelang PRN Melaka.

Katanya, Pengerusi PH Melaka Adly Zahari ada mengadakan pertemuan bersama Ketua Menteri Ab Rauf Yusoh sambil menyatakan ‘nampak kerjasama ke arah positif’.

“Jadi, kita mengharap­kan yang terbaik antara ke­dua-dua parti kerana PH tid­ak mahu dianggap sebagai parti yang hanya memberi soko­ngan dari segi peratusan bukan Melayu sahaja.

“Kita nak berperanan le­bih daripada itu bagi memperkukuh pentadbiran ke­rajaan Melaka,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Pada bulan lalu, Ab Rauf berkata, PRN Me­laka dijangka diadakan dalam tempoh enam bulan akan datang, mengambil kira DUN Melaka dijangka tamat penggal pada 30 Dis depan.

Dalam pada itu, belum ada keputusan…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: FMT Reporters


Previous post