Site icon Hot FM

Adik Buat Laporan Polis Dakwa Anak Jiran Kencing Atas Badan Abangnya Yang OKU


Nor Zaihan menerusi hantaran di Facebook, dia berkongsi bahawa abangnya didiagnosis menghidap skizofrenia sejak berusia enam tahun lagi.

Oleh kerana itu dia dan keluarganya berusaha menjaganya sebaik mungkin selama lebih 40 tahun.

Tambahnya, keluarga mereka menjaga Bang Pit dengan baik dan sentiasa memastikan pagar berkunci dan tingkap bilik dipateri dengan besi demi keselamatan abangnya itu.

Namun, anak jiran mentertawakan penyakit abangnya dan menjadikannya bahan ejekan.

“Pernah juga abang mengadu dibaling batu, tapi kami tiada bukti. Baru-baru ini, saya sendiri nampak mereka baling mercun bola ke arah abang yang sedang duduk di garaj,” katanya.

Rakaman kamera litar tertutup (CCTV) turut menunjukkan kelakuan kanak-kanak itu membakar baju yang disidai di pagar dan memanjat masuk ke kawasan rumah walaupun pagar telah dikunci.

Kejadian terbaru apabila ibu saya melihat sendiri mereka kencing ke atas badan abang, saya anggap sudah melampau, dan sebab itu saya nekad buat laporan di…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version