
SHAH ALAM: Mahkamah Sesyen di sini hari ini melepas dan membebaskan adik kepada ahli perniagaan Nicky Liow Soon Hee daripada tuduhan mengemukakan borang nyata cukai pendapatan secara tidak betul serta terlibat dalam transaksi hasil wang haram antara 2017 hingga 2020.
Hakim Norazlin Othman membebaskan Liow Wei Kin, 30, selepas peguamnya, Rajpal Singh memaklumkan tertuduh telah membayar kesemua kompaun berjumlah RM4.174 juta melibatkan lapan tuduhan yang dihadapinya sebelum ini.
Rajpal berkata, kesemua tuduhan itu tidak boleh disempurnakan dengan hanya dibatalkan (DNAA), justeru memohon Liow dilepas dan dibebaskan dengan kesemua wang jaminan dipulangkan di samping dilepaskan daripada semua syarat jaminan.
Norazlin kemudiannya memerintah Liow dilepas serta dibebaskan dan membenarkan…