Imbas untuk muat turun aplikasi

Artikel

Adik Kena Serang Anjing, Anzalna Nasir Mohon Isu Keselamatan Diutamakan

today10 September 2024

Background

Pelakon, Anzalna Nasir seakan menyelar tindakan kru produksi berhubung insiden adiknya, Mia Nasir yang hampir digigit seekor anjing jenis Rottweiler ketika menjalani sesi penggambaran, baru-baru ini.

Menerusi status di Instagram Story (IGs), Anzalna atau nama lengkapnya Nur Anzalna Md Nasir. 36, pihak produksi harus lebih peka dan tidak boleh memandang remeh mengenai keselamatan pelakon.

“Kena lebih peka dalam isu ini walaupun anjing itu berlakon juga, tapi anjing Rottweiler kot bukan anak anjing untuk ambil ringan!,” tulisnya.

Sementara itu, Anzalna meluahkan rasa syukur apabila Mia bertindak dengan pantas ketika berhadapan insiden tersebut.

“Nasib bajk Mia cepat bagi reaksi dengan menjerit sekuat hati kalau tak, memang hancur kaki adik saya!,” katanya lagi.

Sebelum ini, Mia berkongsi detik cemas apabila diserang seekor anjing rottweiler yang telah menggigitnya di bahagian betis sehingga seluarnya terkoyak lalu terjatuh.

Bagaimanapaun, Mia tidak mengalami kecederaan yang serius dan hanya mengalami kesan lebam di bahagian pahanya.

Artikel Berkaitan: Diserang Anjing Jenis Rottweiler, Mia Nasir Syukur Dilindungi Allah – “Nasib Baik Tak Pakai Seluar Ketat”

Written by: Aqilah


Previous post