Ia berikutan Shinji Nakano yang didakwa menjadi punca Shah Firdaus terlibat dalam kemalangan apabila tindakannya menolak Shah Firdaus semasa acara final keirin semalam, 11 Ogos 2024.
Ridwan Sahrom meminta para netizen agar segera menghentikan serangan berbaur buli siber ke atas atlet Jepun berkenaan.
“Kepada semua peminat sukan Malaysia, tolong jangan serang negara lain berkaitan kemalangan dalam final keirin Sukan Olimpik melibatkan Shah dan pelumba Jepun.
“Dalam perlumbaan keirin, segalanya boleh berlaku, kita tidak boleh menyalahkan atau menghakimi apa yang berlaku, sama ada ia satu kemalangan atau tidak.
“Tolong kekal tenang dan tidak menyerang/komen yang buruk di media sosial pelumba Jepun itu,” katanya.