Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan memaklumkan ia selaras berkuatkuasanya Akta Suruhanjaya Bebas Tatakelakuan Polis.

PUTRAJAYA: Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC) tidak lagi akan menerima aduan terhadap polis bermula esok.
Ini kerana polis tidak lagi disenaraikan bawah jadual Akta Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan sebagai salah satu agensi penguatkuasaan seliaannya, selaras berkuatkuasanya Akta Suruhanjaya Bebas Tatakelakuan Polis (Akta 839) esok.
“EAIC akan menyelesaikan semua aduan dan siasatan yang diterima sebelum 1 Julai 2023 dalam tempoh setahun sehingga 1 Julai 2024 selaras dengan seksyen 47 Akta 839,” kata EAIC dalam kenyataan.
Sebarang pertanyaan atau aduan oleh orang ramai terhadap polis mulai 1 Julai 2023 boleh disalurkan dengan menghubungi Bahagian Keselamatan, Kementerian Dalam Negeri di talian 03-8886 8526 atau 03-8886 8529.
EAIC…