Site icon Hot FM

Aduan prestasi, politik punca Sivakumar disingkir, kata sumber DAP


Gagal membuang pegawai kementerian ‘tidak kompeten’ dikatakan antara faktor V Sivakumar digugurkan sebagai menteri sumber manusia.

PETALING JAYA: V Sivakumar disingkirkan dalam rombakan Jemaah Menteri susulan aduan prestasinya sebagai menteri sumber manusia, selain faktor politik dalaman parti, menurut sumber DAP.

Sumber enggan dinamakan itu berkata, “kesilapan” Sivakumar kerana gagal membuang pegawai kementerian itu yang “tidak kompeten” dalam pentadbiran terdahulu, sekali gus menjejaskan reputasinya.

Kata sumber, terdapat juga rungutan daripada penyokong parti berkait prestasinya, namun tidak diperincikan.

Sivakumar bukan dalam senarai pendek bagi jawatan menteri sebelum ini, menurut sumber itu lagi.

“Pelantikannya (sebagai menteri sumber manusia) mengejutkan banyak pihak dalam DAP kerana kami diberitahu namanya tiada dalam senarai pendek parti.

“Jadi, pengguguran Sivakumar dan pelantikan Steven Sim sebagai menteri penuh sebenarnya sejajar senarai pendek…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version