Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Adun, Ahli Parlimen tewas dalam pemilihan PKR P Pinang

today19 April 2025

Background


fahmi zainol n Bakhtiar Wan Chik
Exco Fahmi Zainol tewas melawan Johari Kassim, manakala Ahli Parlimen Bakhtiar Wan Chik tumbang di Balik Pulau.
PETALING JAYA:

Seorang Ahli Parlimen tersingkir dalam pemilihan bahagian di Pulau Pinang hari ini, cubaan oleh seorang exco kerajaan negeri dan ahli pimpinan pusat berjaya dipatahkan.

Exco Fahmi Zainol dan Timbalan Setiausaha Agung PKR Zakwan Mustafa Kamal gagal menumbangkan penyandang di Jelutong dan Tasek Gelugor.

Di Balik Pulau, kerusi ketua yang diduduki Bakhtiar Wan Chik terlepas ke tangan bekas timbalannya, Tuah Ismail.

Fahmi, yang juga Adun Pantai Jerejak, dikecewakan dengan kelebihan tipis selepas meraih 181 undi berbanding 208 yang diperoleh Johari Kassim.

Bakhtiar, yang juga Ahli Parlimen Balik Pulau, tewas kepada bekas Adun Pulau Betong yang meraih 864 undi berbanding 727 undi.

Di Tasek Gelugor, Timbalan Ketua Menteri Mohamad Abdul Hamid mengalahkan Zakwan dengan 412 undi berbanding 319 undi. Zakwan, bekas pembantu kepada Menteri Dalam Negeri…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: FMT Reporters


Previous post