
Adun Bukit Gasing Rajiv Rishyakaran membantu sebuah keluarga mengumpul dana untuk membawa pulang Chin Yun Hin, 52, yang kini koma di Istanbul bagi mendapatkan rawatan lanjut.
Ahli jawatankuasa DAP Kampung Baru Damansara Ko Chuan Soon, yang pada awalnya bercakap bagi pihak keluarga itu, berkata Yun Hin mengalami demam ketika transit di Istanbul, Turki, dalam perjalanan pulang dari England awal bulan ini.
Menurutnya, doktor di Turkiye pada mulanya mengesyaki Yun Hin mengalami pendarahan otak, namun pemeriksaan lanjut mendapati beliau mempunyai masalah pada paru-paru. Yun Hin kemudian tidak dibenarkan meneruskan penerbangan kerana demamnya berterusan.
Ko berkata Yun Hin diberikan ubat sebelum tidur, namun sehingga kini masih belum sedarkan diri.
Rajiv berkata Yun Hin kini dalam keadaan koma,…