Hot FM

Adun disiasat polis tak perlu letak jawatan, says Chow


Chow Kon Yeow
Ketua Menteri Pulau Pinang Chow Kon Yeow berkata pihaknya menunggu tindakan lanjut daripada polis sebelum membuat sebarang keputusan. (Gambar Johnshen Lee)
GEORGE TOWN:

Adun Pulau Pinang yang sedang disiasat polis berhubung dakwaan keganasan rumah tangga tidak perlu meletakkan jawatan buat masa ini, kata Ketua Menteri Pulau Pinang Chow Kon Yeow.

Chow berkata polis perlu diberi ruang untuk menjalankan siasatan berhubung perkara itu terlebih dahulu.

“Kita tunggu tindakan selanjutnya daripada polis,” katanya kepada pemberita.

“Ada pihak yang telah didakwa di mahkamah, tetapi masih menjalankan tugas,” tambahnya tanpa menyebut nama.

Semalam, Ketua Polis Pulau Pinang Dennis Lim berkata keterangan empat individu telah dirakam, termasuk Adun berkenaan dan isterinya.

Lim berkata tiada tangkapan dibuat setakat ini dan polis akan mendapatkan pandangan pakar perubatan sebagai sebahagian daripada siasatan.

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version