Hot FM

Adun PAS tak semak fakta, DAP sudah lama persoal DNAA Zahid, kata Ramkarpal


ramkarpal singh
Ramkarpal Singh berkata, DAP akan terus persoal keputusan peguam negara berhubung DNAA diberikan kepada Presiden Umno Zahid Hamidi yang ‘jelas tidak masuk akal’.
PETALING JAYA:

Ahli Parlimen DAP Ramkarpal Singh membidas seorang Adun PAS dari Kedah susulan dakwaan partinya hipokrit kerana menyeru peguam negara menyemak semula keputusan menghentikan 47 pertuduhan dihadapi Presiden Umno Zahid Hamidi.

Semalam, Adun Pengkalan Kundor Mardhiyyah Johari, berkata isu berkenaan tidak dibangkitkan sewaktu DAP dan sekutunya dalam Pakatan Harapan (PH) memerlukan sokongan Umno untuk membentuk kerajaan persekutuan selepas PRU 2022.

Ramkarpal, yang juga Ahli Parlimen Bukit Gelugor, berkata kenyataan Mardhiyyah “jelas tidak tepat dan menunjukkan beliau tidak memahami pendirian DAP” berkait kes Zahid.

Beliau berkata, sekiranya Adun tersebut menyemak fakta, jelas DAP membangkitkan kebimbangan serius mengenai isu itu sejurus selepas Mahkamah Tinggi membenarkan Zahid dilepas tanpa dibebaskan…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version