
PETALING JAYA: Adun Sindumin mengaku dipanggil badan antirasuah bagi rakaman percakapan berhubung aduan seorang ahli perniagaan disyaki terbabit dakwaan rasuah berkaitan projek mineral di Sabah.
Yusof Yacob bagaimanapun tidak memperincikan bila kenyataannya dirakam Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
“Saya telah memberikan kenyataan dan menjawab soalan SPRM. Biarkan SPRM menjalankan tugas mereka dan saya akan memberikan kerjasama penuh,” katanya lapor Berita Harian.
SPRM dalam kenyataan hari ini memaklumkan lima Adun dipanggil untuk dirakam percakapan berhubung aduan tersebut.
Menurut badan antirasuah itu, siasatan awal terhadap aduan itu membawa kepada penemuan maklumat mengaitkan beberapa Adun Sabah disyaki terlibat dakwaan rasuah membabitkan ahli perniagaan berkenaan.
Sebelum ini, pemberi…