
PETALING JAYA: Adun Sungai Bakap, Nor Zamri Latiff yang ditidurkan akibat komplikasi di bahagian perut semakin stabil, kata Setiausaha PAS Pulau Pinang, Iszuree Ibrahim.
“Beliau ditidurkan untuk membolehkan (beliau) berehat dan kestabilan kesihatan, khususnya penyakit yang dihadapi, iaitu diabetes dan darah tinggi.
“Maklumat terkini yang saya terima, beliau stabil setelah beberapa prosedur dijalankan,” katanya menurut Sinar Harian.
Semalam, Iszuree dilaporkan berkata, Zamri ditempatkan di Unit Rawatan Rapi Hospital Seberang Jaya dan menurut isterinya, wakil rakyat itu dimasukkan ke hospital susulan sakit perut dan ditidurkan selepas doktor mendapat kebenaran ahli keluarga.
Sementara itu, jurucakap Pejabat Pusat Khidmat Adun Sungai Bakap berkata, Zamri ditidurkan untuk membolehkannya berehat, bukannya…