Pelakon, Amelia Henderson sentiasa menghormati bekas kekasih, aktor terkenal Aedy Ashraf yang tidak pernah berhenti menyokongnya dalam apa jua keadaan.
Memetik laporan Harian Metro, Amelia tidak mempunyai sebarang perkara negatif mengenai Aedy, dan akan sentiasa menghargainya.
“Saya selalu rasa seperti masa kita sudah sampai penghujung. Bagaimanapun saya ada rasa hormat terhadap Aedy. Saya tidak boleh bercakap perkara negatif mengenai Aedy.
“Saya hormatnya dan masa yang kami pernah rapat dulu. Saya hargai Aedy kerana dia seorang yang matang.
“Walaupun kami sudah tidak rapat lagi, dia selalu di belakang saya, malah saya juga akan berada di belakangnya,” katanya.
Seakan tiada sinar untuk mereka bersama lagi, Amelia tidak menafikan aktor tersebut berhak mempunyai seseorang yang lebih baik.
“Saya pun tak tahu macam mana hendak jawab sebab tak mahu orang salah faham atau menyimpan harap terhadap situasi ini.
“Aedy seorang yang hebat dan sememangnya layak untuk mendapatkan yang terbaik,” ujarnya.
“Ini masa untuk biarkan ia berlalu, kita tidak boleh memaksa keadaan. Dia dan saya faham perkara itu dan saya doakan dia selalu dalam keadaan baik,” katanya lagi.
Sebelum ini, Aedy berharap agar urusan kes saman membabitkan penulis skrip bagi sebuah drama terhadap bekas kekasihnya, aktres Amelia Henderson akan dapat diselesaikan secara baik.
Mengulas mengenai status hubungan mereka, Aedy bertegas dia dan Amelia masih berkawan rapat malah terbuka untuk menjalinkan kerjasama sekiranya diberi peluang.
Artikel Berkaitan: “Saya Yakin Dia Kuat” – Hubungan Kekal Sebagai Rakan Baik… Aedy Ashraf Harap Amelia Henderson Menang Kes Saman Penulis Skrip Drama
Sumber: Harian Metro