Pelakon dan usahawan terkenal, Aeril Zafrel mengesyaki isteri, Wawa Zainal dan anaknya, Hayla terkena penyakit ain semenjak perniagaan kek batik menjadi tular.
Artikel Berkaitan: Aeril Zafrel, Wawa Zainal Dilema Hayla Sibuk Dengan Kek Batik
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Aeril Zafrel & Wawa Zainal Hadiahkan ‘Chiller’ Kepada Haura, Sokong Minat Anak Jadi ‘Baker’
Kerap sakit

Menerusi perkongsian di Threads, pemilik nama Suhairil Sunari, 37, mendakwa Wawa dan Hayla kerap jatuh sakit selepas perniagaan kek batik mereka mendapat perhatian ramai.
Justeru pelakon filem 7 Petala Cinta itu meminta pendapat orang ramai tentang penyakit ain di platform Threads.
Tidak hanya itu, Aeril juga meminta warganet untuk berkongsi amalan yang pernah dilakukan untuk mengelak dari terkena penyakit tersebut.
Kata orang, kalau nak elak jangan selalu muat naik gambar tapi kita ni lakukan perniagaan. Memang kena muat naik gambar dengan produk juga.
Sebelum…